Kerana Cinta Lyrics & Tabs by In Team

Kerana Cinta

guitar chords lyrics

In Team

Album : Kerana Cinta hip-hop PlayStop

Cinta itu cahaya sanubari
Kurniaan tuhan fitrah insani
Dan dimana terciptanya cinta

Di situ rindu bermula
Cinta itu tidak pernah meminta
Tetapi memberi sepenuh rela
Rasa bahagia biarpun sengsara
Berkorban segala-gala
Semua kerana cinta
Yang pahit manis di rasa
Menghibur nestapa merawat luka
Damai di jiwa
Terpadam api benci permusuhan
Terjalinlah kasih sayang
Begitulah cinta yang di idamkan

Terpadam api benci permusuhan
Terjalinlah kasih sayang
Begitulah cinta yang di idamkan
Tanpa nafsu yang mencemarkan
Dan jangan pula kerana bercinta
Kita pun leka entah ke mana
Dan jangan pula kerana bercinta
Tergadai semua maruah agama
Cinta…oh cinta…oh cinta…oh cinta…Kerana cinta
Cinta yang sejati hanya cintakan Illahi
Cinta ayah bonda tulus suci selamanya
Cintakan saudara masa berada hanya sementara
Cinta sesama insan suburkan dengan ketaqwaan.

Like us on Facebook.....
-> Loading Time :0.0127 sec