Dia Muhammad Lyrics & Tabs by Inteam

Dia Muhammad

guitar chords lyrics

Inteam

Album : Allahu RabbiPlayStop

Awwalul kalam dengan salam
Buat junjungan Khairal Anam
Dalam selawat yang disulam

Alun zikir memuji Sohibul ’Alam
Lembaran sirah pun berperi
Riwayat insan yang terpuji
Bersalasilah para nabi
Keturunan Quraisy yang molek pekerti
Ahmad
Itu nama yang tersurat
Dalam Injil juga Taurat
Apatahlagi kitab Al-Quran
Dia Muhammad
Penutup sekalian nabi
Penyampai risalah suci

Dia Muhammad
Penutup sekalian nabi
Penyampai risalah suci
Islam agama yang diredhai
Dari gelita jadi cahaya
Dari derita jadi bahagia
Kerana dia pembawa rahmat
Kerna dia jua pemberi syafaat
Ahmad
Itu nama yang tersurat
Dalam Injil juga Taurat
Apatahlagi kitab Al-Quran
Dia Muhammad
Penutup sekalian nabi
Penyampai risalah suci
Dia pembela di mahsyar nanti
هو محمّد
هو خاتم النّبوّة
هو بالغ الرِّسالة
هو سيِّدنا وإمامنا
Dia Muhammad
Dia tauladan utama
Sunnahnya jaminan syurga
Berlandaskan wahyu yang Maha Esa
Waimma cerca ataupun hina
Hatta dihunus pedang kuffar durjana
Namun baginda beralah tiada
Kerna percaya Allah tetap bersamanya
Lagu: Frizdan(Inteam Records)
Lirik: Frizdan(Inteam Records)
Hakcipta: Inteam Records
Penerbit: Frizdan
Susunan Muzik: Along Exist
Perkusi: Ijan ASK

Like us on Facebook.....
-> Loading Time :0.0078 sec